Buat pilihan kereta sewa yang sesuai dengan bilangan penumpang termasuk pemandu.
Kami menyediakan pelbagai variasi kenderaan mengikut bilangan dan bajet anda.
Sekiranya tiada dalam senarai, sila buat permintaan dan pertanyaan kepada kami.
Anda akan dibawa ke pautan WhatsApp Admin untuk komunikasi permintaan.
Tiada sebarang tempahan kecemasan, urgent dan seumpama dengannya.
Kami memerlukan maklumat peribadi, perjalanan, lokasi dan sebaginya untuk kami semak sistem tempahan.
Kami perlukan butiran seperti Nama Penuh, No. Kad Pengenalan, Destinasi, Tarikh Sewa dan Tarikh Pemulangan.
Maklumat tempahan yang diterima hendaklah sama dengan individu yang akan mengambil kenderaan selepas diluluskan bagi mengelakkan masalah, kelewatan dan kelulusan.
Masa diperlukan untuk menyemak, merekod dan menyediakan kenderaan.
Permohonan anda akan ditolak sekiranya pernah terlibat dengan jenayah.
Kelulusan adalah mengikut pertimbangan Admin dan availability kenderaan yang ditempah.
Anda akan ditawarkan dengan kenderaaan lain yang bersesuaian sekiranya kenderaan tersebut kehabisan (Jika perlu)
Nilai bayaran deposit adalah bergantung kepada jenis dan nilai kenderaan yang disewa.
Bayaran boleh dibuat melalui online transfer atau QR yang disediakan Admin.
Bayaran deposit akan dipulangkan dalam masa 7 hari selepas pemulangan kenderaan.
Deposit akan ditolak sekiranya berlaku kemalangan, saman laju, saman parkir , calar, kekotoran yang melampau mengikut kos yang terlibat.
Selepas menerima kelulusan dan pengesahan tenpahan, anda akan menerima lokasi untuk mengambil kenderaan yang ditempah.
Tunggu kedatangan kami di lokasi anda untuk tempahan yang melibatkan penghantaran, anda akan dikenakan cas tambahan untuk penghantaran ke lokasi anda.
Baca dan fahami perjanjian sewa yang dipaparkan samada secar a online atau bertulis dan turunkan tandatangan anda tanda bersetuju dengan syarat dan peraturan.
Pelanggaran sebarang syarat dan peraturan akan melibatkan kos dan boleh didakwa di muka pengadilan.
Dilarang keras memandu kereta sewa untuk terlibat dengan jenayah.
Anda tidak dibenarkan untuk mempelawa orang lain memandu kenderaan yang disewa.
Tidak dibenarkan merokok, mabuk, penggunaan dadah, makan ubat yang menyebabkan mengantuk dan perkara yang menjejaskan kebersihan kenderaan.
Patuhi had kelajuan dan buat bayaran parkir bagi mengelakkan pemotongan amaun deposit.
Guna aplikasi peta perjalanan seperti Waze dan Google Maps dan anggarkan jarak perjalanan dan kuantiti petrol atau bateri (kereta EV) kenderaan.
Hubungi kami sekiranya terdapat sebarang pertanyaan fungsi dan penggunaan aksesori kenderaan 24/7.
Hubungi kami sekiranya berlaku kemalangan dengan segera.
Pastikan kenderaan dipulang pada lokasi yang ditetapkan dalam kondisi yang sama seperti pengambilan kenderaan.
Pastikan paras indikator petrol dan bateri (kereta EV) kenderaan sama semasa pemulangan.
Sila pulangkan dalam keadaan bersih dan tidak ada sebarang bau yang tidak menyenangkan.
Anda akan dikenakan kos pembersihan sekiranya kenderaan dalam keadaan yang terlampau kotor.
Terima kasih kerana mempercayai professionalisme kami.
Kami sentiasa memastikan urusan anda lancar, cekap dan telus.