Cuti panjang Deepavali yang lalu, aku ke Pulau Pangkor untuk menghabiskan cuti umum bersama keluarga. Dah lama sangat tak pergi bercuti, hampir 6 bulan rasanya. Kerja tak habis-habis. Jadi kali ini aku rancang lebih awal supaya dapat bercuti dengan tersusun, puas dan menjadi kenangan terindah buat aku dan keluarga tersayang.
Untuk ke Pulau Pangkor tidaklah sesusah mana, tapi kalau aku tak buat perancangan, percutian aku mau kelaut juga akhirnya. Jadi aku berbesar hati untuk kongsikan antara tips penting sebelum nak bercuti ke Pulau Pangkor atau ke mana sahaja terutama ke pulau-pulau peranginan di dalam negara.
PERBELANJAAN
Ini adalah perkara paling penting sekali dalam segala hal sebelum aku nak bercuti. Bukan menabung dulu, tetapi aku perlu tau perbelanjaan kasar sebelum nak bercuti, barulah aku mula menabung untuk mencapai target tabungan. Kalau tak nanti tabungan aku tak capai sasaran malah lari dari bajet perbelanjaan. Apa yang aku buat adalah, listkan dahulu perkara-perkara besar kemudian perkara-perkara kecil.
Perkara besar:
Penginapan
Pengangkutan
Perkara kecil:
Aktiviti
Foto kenangan
Makan
Kemudian, satu per satu dari perkara besar aku akan detailkan seperti:
Penginapan
Sebelum aku memilih penginapan, aku perlu kira jumlah 7 ahli keluarga yang aku akan bawa bersama. Penginapan merupakan perkara paling penting bagi aku untuk memastikan keselesaan, kesesuaian dengan harga yang bersesuaian. Sudah semestinya aku akan membuat perbandingan harga melalui beberapa laman web penginapan seperti Booking.com, Agoda dan OYO. Dan paling penting adalah membaca review dari tetamu yang pernah berkunjung ke sana.Â
Sudah semestinya, penginapan yang berdekatan atau view laut agak sedikit mahal berbanding yang tiada pemandangan. Selepas membuat perbandingan, bajet maksima yang aku letakkan adalah RM200-RM250 sehari bagi sebuah chalet di Pulau Pangkor bersesuaian dengan 7 ahli keluarga tanpa memilih pemandangan laut kerana pasti akan beraktiviti di laut juga. Total penginapan 2 hari maksima adalah RM500.
2. Pengangkutan Darat
Dengan kereta MyVi yang aku ada sekarang, tidak mampu menampung kesemuanya. Jika aku bergerak dengan 2 buah kereta dari Kuala Lumpur, aku perlu berbelanja 2 kali ganda yang melibatkan petrol dan tol serta perlukan seorang lagi pemandu yang boleh memandu jauh. Jadi, pilihan yang terbaik aku ada adalah sewa sebuah MPV yang boleh memuatkan semua dengan barang yang akan dibawa. Satu perjalanan, satu perbelajaan dan satu tenaga.
Sudah semestinya sejak dahulu lagi, sekiranya ada cuti perayaan, Million Luxury Car Rental menjadi rujukan pertama untuk aku sewa kereta. Syarikat ini bukan sahaja selalu tular tetapi sering mengadakan promosi luar jangka bila sesuatu perayaan berlangsung seperti Hari Raya, Hari Merdeka, Hari Malaysia dan sebagainya.Â
Laman web www.sewakeretamewah.com adalah tempat paling mudah untuk menyemak katalog kenderaan yang bersesuaian dan boleh lock promosi yang mereka anjurkan. Ada kalanya mereka tawarkan potongan harga sehingga 50%, adakalanya mereka tawarkan tangki minyak penuh dan bermacam-macam promosi yang perlu aku rebut.
Nah! Seperti yang dijangka, pada bulan Oktober bersempena cuti Deepavali 2024, bermula 15-31 Oktober 2024, mereka tawarkan potongan harga sehingga 50% sekiranya aku buat tempahan awal, ini adalah peluang keemasan yang perlu aku rebut sebelum terlepas atau kenderaan mereka habis ditempah.
Akhirnya aku berjaya buat tempahan 3 hari sebuah Toyota Vellfire ZA baru tahun 2024 dari harga asal RM950 sehari dengan potongan 50%. Aku hanya perlu bayar RM500 sebagai security deposit untuk lock harga promosi dan bayar keseluruhan semasa ambil kenderaan. Ada banyak lagi kenderaan seumpamanya seperti Toyota Alphard SC baru, Hyundai Starex Royale, kereta mewah seperti Mercedes-Benz, kereta sport seperti Mustang hinggalah kepada supercar seperti Ferrari.
Ramai juga yang ambil kesempatan yang ada untuk menyewa kereta atas tujuan kereta berhias perkahwinan yang dipasangkan riben dan menggunakan khidmat pemandu peribadi untuk majlis mereka. Iyalah kan, takkan pengantin nak memandu kereta berhias sendiri.
3. Pengangkutan Laut
Ketika tiba di Lumut, Perak, banyak syarikat-syarikat Feri yang menawarkan khidmat pengangkutan laut untuk menyeberang laut dari Lumut ke Pulau Pangkor. Aku memilih feri dari jeti Marina Island bermula seawal 7.15 pagi dan feri terakhir pada jam 8.00 malam. Manakala feri terawal dari Pulau Pangkor bermula pada jam 6.45 pagi dan feri terakhir pada jam 7.30 malam.
Harga tiket feri pula tidaklah mahal. Tiket pergi balik hanya RM14.00 seorang dan boleh diguna pada mana-mana tarikh yang diperlukan. Di bawah aku kongsikan peta untuk mencari jeti Marina Island:
Perkara seterusnya adalah perkara kecil tetapi perlu juga diberi perhatian kerana selalunya perkara kecil inilah yang akan menyebabkan perbelanjaan melebihi bajet.
Aktiviti
Disebabkan mandi pantai sudah terlalu biasa bagi keluarga aku, kali ini aku menetapkan untuk semua terlibat dalam aktiviti snorkeling. Snorkeling di kawasan pantai yang jernih boleh menjadi pengalaman yang menyeronokkan.
Pakej snorkeling biasanya ditawarkan dalam bentuk pakej harian, termasuk peralatan snorkeling, bot, dan makanan hidupan laut. Harga bagi pakej ini biasanya bermula dari RM50 hingga RM100 seorang.
Jika hanya ingin menyewa peralatan snorkeling tanpa pakej, harga sewa untuk set peralatan (mask, snorkel, dan fins) biasanya dalam lingkungan RM15 hingga RM30 setiap hari. Penyedia menawarkan diskaun untuk kumpulan, jika aku pergi dengan keluarga, ia lebih berbaloi.
Foto kenangan
Sia-sialah percutian kalau tidak ada gambar kenangan. Maka sebab itu aku membuat persediaan dengan memebeli sarung telefon bimbit lutsinar kalis air untuk dibawa masuk ke dalam laut semasa snorkeling nanti. Sarung telefon bimbit ini digantung di leher dan sangat berguna untuk mengelakkan telefon bimbit dimasuki air dan pasir semsa beraktiviti di pantai dan laut. Sekiranya tiada, di sana ada banyak kedai-kedai tepi pantai yang menjualnya pada harga RM10-RM15.
Makan
Tempat pelancongan seperti Pulau Pangkor semestinya terdapat banyak gerai-gerai makan yang diusahakan oleh peniaga tempatan. Walaupun banyak gerai makan yang mengikut harga semasa, namun ada juga kedai makan yang tinggi harganya.
Setibanya aku di Pulau Pangkor, aku mencari kedai runcit atau pasar awam untuk membeli barang basah seperti ayam dan ikan, bahan-bahan untuk menumis dan memasak yang lain untuk memanggang atau BBQ. Aktiviti seperti ini lebih meriah dan menjimatkan jika dibandingkan dengan makan digerai.Â
Namun aku juga tidak lepaskan peluang untuk menjamu keluargaku dengan hidangan ikan bakar segar yang disediakan di salah sebuah gerai yang ada di persisir pantai pada sebelah malam. Ikan bakar merupakan signature yang perlu dinikmati ketika berada di Pulau Pangkor.
Begitulah sedikit sebanyak ingin aku kongsikan agar bermanfaaat kepada semua. Terima kasih.